Saya pernah bercerita kepada anda mengenai seorang professional mengenai yang mahu memulakan blogging sebelum ini, dan semasa berbual saya terpaku dan terskru sekali sebab belaiu berkata kat saya, beliau dah belajar php dan html.
“Huh? Php? Buat apa?” saya bertanya, tapi dalam hatilah.
So bila saya balik ke rumah, perbualan mengenai hal tersebut bermain di fikiran saya, buat apa beliau belajar php sedangkan umurnya sudah 50-an? Saya tidak kolot malahan saya setuju beliau menggali sebanyak mana ilmu yang perlu bahkan islam jugak menggalakkan umatnya senantiasa belajar sehingga akhir hayat. Tapi persoalannya, perlukah beliau belajar php? Adakah ia terlalu penting?
Bagi saya, cukuplah sekadar basic dan tidak perlu sampai mendalam kerana saya risau banyak masa pulak yang dihabiskan untuk belajar benda yang tak pasti begitu berguna tak kepada anda. So hari ini saya ada tips untuk anda, mana satu yang anda harus
tekankan nanti.
tekankan nanti.
Adakah Anda mahu blog anda lawa, mengikut kemahuan anda?
Jika anda mahu blog anda lawa, cantik, kemas dan bergaya maka apa yang anda harus pelajari adalah CSS kerana language inilah yang membolehkan anda mengubah template blogger, wordpress mahupun mana-mana jenis blog sekalipun. Mempelajari CSS adalah lebih berguna dan penting dari belajar PHP dalam keadaan ini. Anda boleh ambil template percuma dan lakukan sedikit perubahan agar design tersebut unik dan mengikut tema blog anda.
Adakah anda mahu design sendiri blog anda?
Jika anda mahu design blog anda mempunyai 100% dari rekaan anda, maka skill yang anda harus tekankan adalah designing menggunakan photoshop, CSS dan memahami struktur/coding platform blog anda – tidak semestinya php. Sebagai contoh blogger menggunakan xml, so kalau anda belajar php semata-mata untuk design blog di blogger, tak kenalah jawabnya. Tak dapat pakai.
So jika anda mahukan design yang lawa, better belajar mengenai CSS, itupun kalau anda rasa anda dapat buat codinglah. Tapi jika anda ada modal, suka invest, saya cadangkan anda upah aje..
p.s: saya baru je nak belajar CSS ni dari seorang rakan blogger. Belajar slow-slow. Rasa rugilah tak belajar secara mendalam mengenai css dlu, oh!
p.s: saya sedang ubah theme untuk blog perpustakaanmaya (dah lama nak ubah..) baru seronok carik team mate and menulis di sana nanti, InsyaAllah
No comments:
Post a Comment